Keadaan di Gaza semakin kritikal dengan kekurangan makanan, air bersih, dan keperluan asas yang lain. Penderitaan yang dialami oleh penduduk di sana sangat menyentuh hati kita. Marilah kita bersama Global Ehsan Relief dalam usaha meringankan beban mereka. Sumbangan anda amat diperlukan di saat-saat sukar ini.
Air bersih merupakan sebuah “kemewahan” bagi sesetengah individu yang tinggal di kawasan tanpa akses air. Ketiadaan air bersih di kawasan-kawasan pedalaman menyukarkan saudara kita di Kemboja, Sri Lanka & Pakistan untuk menjalankan rutin kehidupan harian mereka. Mari berinfak air bersih bersama Global Ehsan Relief, sebagai amal jariah yang memberi manfaat kepada saudara-saudara kita.
Penderitaan ibu tunggal di Malaysia sering kali melibatkan cabaran yang rumit, termasuk kesulitan dalam memenuhi keperluan asas, tekanan kewangan, dan kurangnya sokongan sosial. Ibu tunggal sering bergelut dengan beban tanggungjawab yang besar, baik dalam aspek penjagaan anak mahupun memastikan kestabilan kewangan keluarga. Mari bersama Global Ehsan Relief membantu ibu tunggal yang memerlukan.